Friday 6 April 2012

Fizik Ting. 4 Bab 3 : DAYA DAN TEKANAN (3.1)


3.1     TEKANAN

Takrif tekanan (P) dan unit S.I.nya
Tekanan adalah daya  perunit luas permukaan
@ Tekanan  =  daya
                         luas
@          P     =  F 
                         A
P = Tekanan   F = daya   A = luas

Unit S.I.nya   Nm-2  atau  Pa

Tekanan dalam cecair
Cecair akan mengenakan tekanan ke atas suatu jasad yang berada di dalamnya kerana cecair mempunyai berat.

Rumus untuk mengira tekanan di dalam cecair, P ialah

P = ρgh

ρ = ketumpatan cecair
g = graviti
h = kedalaman dari permukaan cecair
 
Eksperimen untuk mentahkik tekanan, P dalam cecair bergantung kepada kedalaman, h






Penuhkan air dalam sebuah bekas berlubang yang pada mulanya ditutup seperti rajah di atas.
Tanggalkan penutup pada ketiga-tiga lubang secara serentak.
Perhatikan jarak pancutan air.
Didapati lubang yang terbawah memancutkan air paling jauh.
Ini menunjukkan semakin dalam cecair, h (lubang terbawah) maka semakin kuat tekanan, P (jarak pancutan terjauh).

Eksperimen untuk mentahkik tekanan, P dalam cecair bergantung kepada ketumpatan cecair, ρ

Penuhkan minyak dan air dalam dua bekas berlubang seperti mana bekas di atas.
Tanggalkan penutup pada lubang pada kedua-dua bekas.
Perhatikan jarak pancutan minyak dan air.
Didapati jarak pancutan air > jarak pancutan minyak.
Ini menujukkan tekanan dalam cecair bergantung kepada ketumpatan.
Jika ketumpatan, ρ bertambah (air) maka tekanan bertambah, P (jarak pancutan bertambah).

No comments:

Post a Comment