3.4 DAYA TUJAH KE ATAS DAN PRINSIP ARCHIMEDES
Tujah ke
atas
Apabila suatu jasad yang direndam separa atau
sepenuhnya dalam suatu bendalir didapati berat jasad berkurangan.Ini disebabkan
terdapat daya yang bertindak ke arah atas melawan berat ke bawah .
Daya pada ke
arah atas ini dinamakan tujah ke atas @ daya apungan @ daya julangan.
Prinsip Archimedes
Tujah ke
atas yang dialami oleh suatu jasad yang direndam sepenuhnya atau separa adalah
sama dengan berat cecair yang tersesar.
Daya tujah ke atas, F = berat cecair tersesar
= jisim cecair tersesar x pecutan graviti
= ketumpatan cecair x isipadu cecair
tersesar x pecutan graviti
= ketumpatan cecair x isipadu jasad tenggelam
x pecutan graviti.
F = rV g
dimana
r =
ketumpatan cecair
V = Isipadu bahagian jasad tenggelam
g =
pecutan graviti
Hukum
Keapungan
Jika tujah = berat, jasad terapung dan pegun
Jika tujah > berat, jasad bergerak ke atas
Jika tujah < berat, jasad tenggelam dan bergerak
ke bawah
Aplikasi Prinsip Archimedes
(1) Kapal laut
Sebuah
kapal yang diperbuat daripada logam boleh terapung kerana tujah ke atas = berat
kapal .
Kapal
mempunyai ruang yang besar menyebabkan isipadu air disesarkan lebih
besar.Dengan itu tujah ke atas kapal adalah besar kerana (F = rVg)
Setiap
kapal mempunyai garis Plimsoll sebagai garis keselamatan bagi menandakan kedalaman selamat dan menandakan
had muatan kapal dalam keadaan tertentu,kerana
ketumpatan air laut juga berubah mengikut tempat dan musim.
(2) Kapal selam
Kapal
selam dapat terapung atau tenggelam dengan mengubah ketumpatannya. Untuk
mengubah ketumpatannya ialah dengan mengisi atau mengeluarkan air dalam tangki
balastnya.
Jika air
diisi dalam tangki balastnya, maka berat kapal selam > tujah ke atas, maka
kapal selam akan bergerak di bawah permukaan laut.
Sebaliknya
jika air dikeluarkan daripada tangki balastnya, maka berat kapal selam = tujah
ke atas, maka kapal selam akan terapung.
(3)
Belon
diisi dengan gas hidrogen (helium)
Ketumpatan
udara > ketumpatan hidrogen
Tujah ke
atas adalah besar kerana ketumpatan udara yang disesar adalah besar (F = rVg)
Tujah ke
atas > berat belon + berat hidrogen
Maka, belon
akan naik ke atas
Kegunaanya untuk menentukan ketumpatan suatu cecair.
Bebuli
yang besar supaya isipadu cecair yang tersesar adalah besar dan dengan itu
tujah ke atas adalah besar(F =rVg)
Butir-butir
plumbum diguna untuk mengekalkan hidrometer dalam keadaan tegak semasa terapung
dalam cecair
Hidrometer
terapung kerana tujah ke atas = berat hidrometer.
Jika
ketumpatan cecair bertambah, maka kedalaman hidrometer tenggelam berkurang dan
dengan itu skala memberi bacaan yang lebih tinggi.
ez
ReplyDeletebodo kau ya
ReplyDelete