3.2 Tekanan Atmosfera
Tekanan Atmosfera
Tekanan
atmosfera adalah disebabkan perlanggaran molekul-molekul dalam atmosfera ke
atas suatu jasad tertentu.
Tekanan
atmosfera bertindak pada satu titik adalah kesemua arah dengan magnitud yang
sama.
Tekanan
atmosfera bergantung kepada altitude (ketinggian dari paras laut) dimana
apabila altitud bertambah tekanan atmosfera berkurangan.
Ini
disebabkan ketumpatan atmosfera berkurangan jika altitud bertambah.
Pada
paras laut tekanan atmosfera lebih kurang 1x 105 Pa atau 76 cm Hg atau 10 m air.
Kita
tidak merasai tekanan atmosfera di paras laut kerana tekanan udara dalam badan
kita sama dengan tekanan atmosfera di luar badan kita.
Seseorang
akan mengalami kesesakan nafas jika kita berada pada altitud melebihi 3000 m.
Eksperimen untuk menunjukkan kewujudan tekanan
atmosfera
Penuhkan
air dalam sebiji gelas dan tutupkannya dengan kadbod.
Telangkungkan
gelas sambil memegang tapak gelas di udara.
Didapati
air tidak tumpah.
Ini
disebabkan daya yang dihasilkan oleh tekanan atmosfera bertindak ke atas
menyokong berat air daripada tumpah.
Aplikasi Tekanan Atmosfera
(i)
Penyedut Minuman
Apabila
kita menyedut minuman melalui penyedut, udara dalam penyedut masuk ke paru-paru
kita.
Tekanan atmosfera
di luar penyedut menjadi lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam penyedut.
Tekanan
atmosfera menolak masuk minuman melalui penyedut ke mulut kita.
(ii)
Penyedut Getah
Apabila
penyedut getah ditekan pada satu permukaan rata dan licin ,mangkuknya menjadi
rata dan udara dalam mangkuk mengalir keluar melalui tepinya menyebabkan ruang
separa vakum terhasil.
Tekanan
atmosfera yang lebih tinggi di luar mangkuk menekan dan mengekalkan mangkuk
pada permukaan licin itu.
Alat MengukurTekanan Atmosfera
Barometer
Fortin
Barometer
Aneroid
No comments:
Post a Comment