Friday, 6 April 2012

Fizik Ting. 4 Bab 3 : DAYA & GERAKAN (3.2)


3.2       Tekanan Atmosfera

Tekanan Atmosfera

Tekanan atmosfera adalah disebabkan perlanggaran molekul-molekul dalam atmosfera ke atas suatu jasad tertentu.
Tekanan atmosfera bertindak pada satu titik adalah kesemua arah dengan magnitud yang sama.
Tekanan atmosfera bergantung kepada altitude (ketinggian dari paras laut) dimana apabila altitud bertambah tekanan atmosfera berkurangan.
Ini disebabkan ketumpatan atmosfera berkurangan jika altitud bertambah.
Pada paras laut tekanan atmosfera lebih kurang 1x 105 Pa atau 76 cm Hg atau 10 m air.
Kita tidak merasai tekanan atmosfera di paras laut kerana tekanan udara dalam badan kita sama dengan tekanan atmosfera di luar badan kita.
Seseorang akan mengalami kesesakan nafas jika kita berada pada altitud melebihi 3000 m.

Eksperimen untuk menunjukkan kewujudan tekanan atmosfera
 
Penuhkan air dalam sebiji gelas dan tutupkannya dengan kadbod.
Telangkungkan gelas sambil memegang tapak gelas di udara.
Didapati air tidak tumpah.
Ini disebabkan daya yang dihasilkan oleh tekanan atmosfera bertindak ke atas menyokong berat air daripada tumpah.

Aplikasi Tekanan Atmosfera

(i) Penyedut Minuman














Apabila kita menyedut minuman melalui penyedut, udara dalam penyedut masuk ke paru-paru kita.
Tekanan atmosfera di luar penyedut menjadi lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam penyedut.
Tekanan atmosfera menolak masuk minuman melalui penyedut ke mulut kita.

(ii) Penyedut Getah















Apabila penyedut getah ditekan pada satu permukaan rata dan licin ,mangkuknya menjadi rata dan udara dalam mangkuk mengalir keluar melalui tepinya menyebabkan ruang separa vakum terhasil.
Tekanan atmosfera yang lebih tinggi di luar mangkuk menekan dan mengekalkan mangkuk pada permukaan licin itu.

Alat MengukurTekanan Atmosfera

Barometer Fortin
Barometer Aneroid

No comments:

Post a Comment