3.1 TEKANAN
Takrif tekanan (P) dan unit S.I.nya
Tekanan
adalah daya perunit luas permukaan
@
Tekanan = daya
luas
@ P =
F
A
P =
Tekanan F = daya A = luas
Unit
S.I.nya Nm-2 atau
Pa
Tekanan dalam cecair
Cecair
akan mengenakan tekanan ke atas suatu jasad yang berada di dalamnya kerana
cecair mempunyai berat.
Rumus
untuk mengira tekanan di dalam cecair, P ialah
P = ρgh
ρ = ketumpatan cecair
g = graviti
h =
kedalaman dari permukaan cecair
Eksperimen untuk mentahkik tekanan, P
dalam cecair bergantung kepada kedalaman, h
Tanggalkan
penutup pada ketiga-tiga lubang secara serentak.
Perhatikan
jarak pancutan air.
Didapati
lubang yang terbawah memancutkan air paling jauh.
Ini
menunjukkan semakin dalam cecair, h (lubang terbawah) maka
semakin kuat tekanan, P (jarak pancutan terjauh).
Eksperimen untuk mentahkik tekanan, P dalam
cecair bergantung kepada ketumpatan cecair, ρ
Penuhkan minyak dan air dalam dua bekas berlubang seperti mana bekas di atas.
Tanggalkan
penutup pada lubang pada kedua-dua bekas.
Perhatikan
jarak pancutan minyak dan air.
Didapati
jarak pancutan air > jarak pancutan minyak.
Ini
menujukkan tekanan dalam cecair bergantung kepada ketumpatan.
Jika
ketumpatan, ρ bertambah (air)
maka tekanan bertambah, P (jarak pancutan bertambah).
No comments:
Post a Comment